Chapter 1
Ani masih menyapu di laman. Kedengaran suara ibunya memanggil-maggil dari ceruk dapur.
"Ani! Aniiii...."
Ani malas menjawab panggilan ibunya tetapi bila dirinya terasa berdosa kerana tidak menjawab, lalu dengan mulut yang berat sekali, dia meyahut panggilan ibunya dan menujui dapur.
"Ya mak! Mak panggil Ani ye? Ani menyapu di laman tadi mak."
"Mari tolong mak memasak. Abah kamu kejap lagi nak balik. Katanya ada berita untuk kita."
Bapa Ani adalah seorang guru besar di sekolah rendah yang berdekatan dengan kampung mereka. Ani pula sekarang menuntut di tingkatan satu dan sekejap lagi dia pula yang hendak ke sekolah.
Kedengaran deruan kereta di depan rumah dan bunyi pintu kereta ditutup. Mak Ani dan Ani masing-masing tahu bapa Ani yang pulang. Mak Ani bergegas keluar menyambut suaminya. Mak Ani sememangnya seorang isteri yang pengasih dan setia kepada suaminya.
"Kiah, Ani ada?" Kiah cuma mengangguk mengiakan soalan suaminya. "Bagus, panggil Ani, abang nak beritahu satu berita gembira untuk kita semua."
Ani mendengar dari dapu, hatinya tertanya-tanya apakah berita yang hendak diumumkan ayahnya. Ani menuju ke ruang tamu sebelum sempat ibunya memanggil.
"Ani dah ada di sini, ayah. Cepatlah, abendanya yang ayah nak beritahu? Cepatlah, yah." Si ayah tersenyum melihat gelagat si anak yang mencecah zaman remaja itu. Begitu jua Kiah, ibu si Ani. Buat mereka berdua, Anilah segalanya bagi mereka. Anilah satu-satunya cahaya mata mereka setelah sekian lama berumah-tangga.
"Abah baru dapat pengesahan tentang pertukaran abah ke Kuala Lumpur, di sebuah sekolah rendah dalam kota. Abah perlu ke sana awal bulan depan, jadi kita sekeluarga akan berpindah ke Kuala Lumpur penghujung minggu ini. Sebelum abah balik tadi, abah dah singgah di sekolah Ani dan menguruskan pertukaran sekolah Ani. Jadi, hari ini ialah hari terakhir Ani akan bersekolah di situ, besok, Ani tolong mak berkemas, ok?"
Akhirnya Mendung Pun Berlalu
Cerpen yang ditulis sewaktu masih di bangku sekolah.

